Assalamualaikum..

setiap yg tercatat d'sni tiada kaitan dgn sesiapa pun jua...ia sekadar luahan rase....citer2 BIASE.....t.kasih wt yg sudi bca & komen..syg anda semua

Tuesday 27 March 2012

Bismillahirrahmanirrahim…
Terima kasih Ya Allah…syukur ke atas rahmat dan kasih sayangMu padaku..begitu luas terima kasih Ya Rahman Ya Rahim…bimbinglah hatiku agar tidak lupa mengucapkan terima kasih padaMu setiap hari walau hanya sekali..moga aku tahu erti syukur…setiap nafasku…setiap denyut nadiku..setiap degup jantungku semuanya atas rahmat dan kasih sayangMu..tanpa kurniaanMu itu siapalah aku..terima kasih Ya Rahim…terima kasih…
Syukur Alhamdulillah….terima kasih Ya Allah memberikanku khabar gembira..syukur…syukur…terima kasih atas kasih lasih sayangMu…namun aku terus memohon taufiq hidayahMu…terima kasih itulah ungkapan yg paling bermakna utkMu..moga aku menjadi hambaMu yg TAHU bersyukur dan berterima kasih..amin

Monday 26 March 2012

Aku rindu detik dan tika bersamamu…cepat2 lah sembuh duhai sayangku..tabahkanlah hatimu…cekalkanlah jiwamu…teruskanlah semangat juang yg tinggi demi kasih syg kite..walau ungkapan semudah kata tidak semudah perbuatan perlaksanaan tapi aku yakin dgn keberanian kekentalan hati nuranimu..dalam aku mengenalmu byk yg aku pelajari..byk yg aku tidak kenal selama ini…terima kasih sayang..kite akan lebih kenal diri bila kite diuji…itulah ungkapanmu setiap kaliku bicakan keluh kesah hati…lantas kau ajarkan aku agar lebih kenal pencipta dalam menyelesaikan masalah…dari Dia datangnya dan cuma Dia tahu cara penawarnya…biar sulit bg kite tapi mudah bagiNya…Dia ajar kite nilai sabar bg mengukuhkan iman..Alhamdulillah..terima kasih tuhan..tapi aku masih perlukan dia..amat2 perlukan dia…berikanlah sebaik2 kesembuhan kepadanya…dgn kasih sayang rahmatMu..ku pohon padaMu…pulihkanlah insan yg amat aku sayang ini…aku syg padanya keranaMu Ya Allah…urusan dan perancanganMu aku bertemu dgnnya..andai itu takdir sejak  azalinya aku terima dgn hati terbuka..dan aku amat menyayanginya…tiada tolok bandingnya…terima kasih Ya Allah atas kurniaanMu ini..satu perkara yg dapat aku pelajari dari kisah hidupku adalah manusia bijak membuat perancangan yg bermacam2…tetapi tidak dapat melawan perancangan yg terbaik dariMu utk hamba2Mu yg mendambakan limpah rahmat taufik hidayahMu nan hakiki…tak tergambar keadaan sesuatu itu melainkan atas kehendakMu jua…  

Kau pergi jua..

Al-Fatihah buat Nursyazwana…
Cantik & seindah namamu…namun kau dipinjamkan sebentar Cuma…hanya 18 hari hidupmu..itulah perjanjianmu bersama penciptaMu…sesungguhnya bertuah kedua org tuamu..Kau telah menanti mereka dipintu syurga…terima kasih memberikanku pengalaman baru..apa yg terjadi hari ini pengajaran buat hari esok…telah ku pelajari sesuatu dari kejadian yg menimpamu…wajahmu bersih bak salju…fizikalmu sihat seperti tidak sakit…cantik kulitmu…apakan daya Allah lebih menyayangimu..saat ku cium dahimu…sejuk menggetarkan diriku..bagaimana nasibku nanti??aku akan menyusulmu kelak..harap kite berjumpa di sana nanti…hatiku terdetik…betapa dekat kita dgn tanah…Subhanallah aku lupa asal usulku…semoga dikau tenang di sana sambil menanti org tuamu..berbahagia dan damailah puteri permata hati bapa saudaraku..arwah Nursyazwana…Al-fatihah..

Thursday 22 March 2012

moga dibawah rahmat dan kasih sayangMu selalu...

Wahai pentadbir sekalian alam..yg maha berkuasa lg maha agung..tiada jemu2 aku meminta dan terus meminta rahmat kasih sayangMu yg tiada sempadan..Ya Allah berikanlah kami kekuatan semangat juang yg tinggi dalam menghadapi musibah ini.tanpaMu aku lemah..oleh itu pimpinlah kami,pandulah kami ke jalan yg Kau redhai..moga musibah ini menambah keimanan kami padaMu..dalamnya tersembunyi sejuta hikmat yg lebih bernilai dari harta benda..terima kasih Ya Allah diatas kasih sayangMu..kami terasa dekat denganMu…amin

Wednesday 21 March 2012

Berhati-hatilah wahai diriku dan teman2..INGAT!!!!!!!!!!!!!

Setiap kesenangan ada kesusahan.. awas pada yang padanya kesenangan ..sesungguhnya kesusahan tiada kelihatan sebaliknya lebih susah dari orang dalan kesusahan…berhati-hatilah teman yang berada dalam kesenangan…Ingat Allah itu Adil sifatNya..

Monday 19 March 2012

Syukur Alhamdulillah

Syukur Alhamdulillah
Terima kasih Ya Allah atas limpah rahmatMu…
Terima kasih Ya Allah atas kasih sayangMu..
Terima kasih Ya Allah atas kurniaanMU..
Terima kasih Ya Allah atas segala2nya…
Alhamdulillah…Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Bimbinglah aku terus dan kekal atas jalanMu yg abadi

Saturday 17 March 2012

selamat tinggal penderitaan @#$%^&*()_+...!!!

Langkah demi langkah
Aku teruskan jua
Masa demi masa
Sampai akhirnya
Terima kasih
Atas penghinaan
Yang kau lemparkan

Tangga demi tangga
Kita daki bersama
Jatuh terluka
Bangun semula
Terima kasih
Atas kesakitan
Yang telah kau berikan

Kerana itu penghinaan
Juga cemuhan
Diganti dengan kepujian
Dan kemuliaan

Airmata menjadi permata
Kebencian menjadi cinta
Inilah hidup did dalam dunia
Bak sandiwara

Selamat tinggal kesengsaraan
Selamat tinggal penderitaan
Terima kasih atas pengalaman
Yang kau berikan

Kini terbukti
Cinta yang kualami
Bukannya mimpi
Lautan api boleh menjadi
Oh! taman salji...

Nasuha~Mestica....dengarkanlah semua

Lahir dari sanubari..

Sebuah kedamaian kebahagiaan yg ku cari demi meniti cinta sejati kurniaan yang Satu…syukur Alhamdulillah terima kasih Ya Allah..indah unik misteri hingga tidak tercapai akal manusia biasa.setiap perancanganMu begitu rahsia lagi dirahsiakan.sukar difahami oleh hambaMu..hingga hampir putus asa hilang semangat diri tapi bila kembali padaMu terjawap semua tanpa ragu-ragu.Engkau Satu yg Unggul.hikmah ditemui setelah airmata sesalan dan taubat padaMu.zikir padaMu penawar mujarab tapi jarang diberi perhatian.Kau tidak mudah marah malah Kau tetap menguji hambaMu begitu dalam kasih sayang dan rahmatMu yg maha luas.biar sejuta kali hambaMu lakukan khilaf Kau masih jua memberi ruang membuka seluas-luasnya pintu taubatMu.aku hanyalah hambaMu yg kerdil seringkali gagal dalam menilai ujianMu.maafkan aku.maafkan aku Ya Allah…terima kasih memberi aku semangat dan jalan penyelesaian yg terbaik untukku.aku jua memohon sebaik-baik kesembuhan dari segala penyakit .sesungguhnya Kau lah maha pengasih lagi penyayang…derita aku hanya Kau yg tahu..sakit aku hanya Kau yg tahu..kerana itu aku ingin kembali padaMu agar dapat aku carikan penawar resahku.kalam Mu itu benar dgnnya aku sedikit-sedikit temui sesuatu.begitulah berfirmanMu..setiap apa yg kau ciptakan tiada sia-sia melainkan membawa manfaat dan tanda-tanda kekuasaanMu bg yg ingin berfikir.aku mohon Ya Rab…akulah antara org yang mahu berfikir itu.moga aku tidak tenggelam dalam amarah insan sebaliknya bangkit dengan langkah penuh keimanan.keegoan tidak membawa apa-apa.biarlah merendah diri tapi dihormati.dikelilingi org berilmu memang satu bonus tetapi kadang-kadang yg berilmu itu belum tentu beramal.bila tiada amal org berilmu itu lebih teruk .akalnya akan tercari-cari cela org lain.tapi sedarlah dia sesungguhNya hisap dia nanti akn lebih sukar krn setiap ilmu yg diperolehi didunia ini akan ditanya.kemana semua itu?alangkah ruginya dia berilmu tapi tidak beramal.tidak memimpin org dibawahnya ke jalan yg betul.tidak menjadi pemimpin yg baik.bimbingan yg penuh kepalsuan. Ya Rab bimbinglah aku jua org dikiri kananku ke jalan yg Kau redhai,jalan yg Kau berikan rahmat,jalan yg Kau sediakan untuk org-org yg beriman dan bertaqwa.jadikanlah kami sebahagian dari mereka.limpahkanlah kami dgn kasih sayangMu yg tiada bertepi.jadikanlah kami aman damai,sejahtera dan saling sayang menyayangi.jadikanlah kami membawa kebaikan antara satu sama lain.jauhilah kami dari fitnah dunia…berikanlah kami sebaik-baik perlindungan.amin.amin.amin.ya robbal alamin..

Saturday 10 March 2012

Hamba yg benar2 mengharap pertolonganMU..

Bismillahirahmanirrahim....Maha Suci Allah,Engkau yg Maha Agung,Engkau yg Maha Berkuasa,Maha Pengasih,Maha Penyayang...Engkau yg Satu...tiada satu pun dalam dunia ini dapat menandingi kehebatan dan kekuasaanMu...Bantulah aku..tolonglah aku...tiada lg tempat lain yg selayak2nya aku mengadu selain dariMU..aku tahu Engkau juga rindu mendengar rintihan hati hamba2Mu...dgn rendah diri hambaMu yg lemah lg tiada daya ini memohon merayu padaMu...dengan sejuta harapan kasih sayangMu yg Maha Luas....Ya Allah pencipta sekelian alam yg hebat ini...sembuhkanlah,sembuhkanlah,sembuhkanlah insan yg telah Kau hadiahkan padaku...pemberianMu itu amat aku hargai.Terima kasih Ya Allah...lantaran itu aku tidak jemu2 memohon sebaik2 kesembuhan buatnya kerana aku amat menyayanginya kerana Mu Ya Allah...Ujian dan cubaan yg Kau berikan padaku amat hebat kerana aku hanya insan biasa..kalah pada perasaan...aku sedar dari mula aku ingin mendalami mengenaliMu...satu persatu Kau menguji ku...benarlah kata guruku..Allah tidak akan berhenti menguji jika ingin menikmati mahligai disana nanti...kesabaran tidak tercipta tanpa dugaan...teringat kisah nabi seperti yg guruku cerita...nabi diuji hingga ke hujung nyawa barulah Allah berikan kenikmatan setelah wafat..tiada daya aku untuk seperti nabi tp biarlah aku menjadi pengikutnya dan bersama2nya disana kelak..dapat berjumpa dgnnya walaupun menjadi org yg terakhir...dapat melihat cahayanya pun sudah memadai...begitulah harapan aku dgn insan hadiah pemberianMu..terima kasih Ya Allah...syukur Alhamdulillah...Maha Suci Allah...satukanlah kami bersama impian ke syurgaMu bersama2 hamba2Mu yg telah Kau berikan taufiq dan hidayah...rencanaMu tidak tercapai akalku...hambaMu ini mengharap pertolonganMu dalam meniti perjalanan menuju kebahagiaan hakiki..berikanlah setitis ketabahan kesabaran kekuatan yg tiada tolok bandingan dlm aku menghadapi ujian dan fitnah dunia...aku jua memohon sebanyak2nya pertolongan Mu Ya Allah dari mereka yg dekat tapi menyakiti hatiku...terus2an...berikanlah mereka jua diriku hidayahMu...seandainya mereka memang begitu Kau lindungilah aku selalu..berikanlah aku sebaik2 perlindungan...terima kasih Ya Allah...aku malu terlalu byk yg aku minta sedang aku masih tercari2 dalam beramal...tercari2 dalam mengenaliMu...tercari2 Ilmu Mu yg amat luas ini..Ya Allah aku tetap akan terus memohon selagi nadi berdenyut...ampunkan aku Ya Allah...ampunkan aku Ya Allah...ketidaksempurnaan aku dalam mencariMu...oleh kerana itu aku amat2 mengharapkan hadiah pemberianMu itu kekal bersamaku dunia dan akhirat..abadi selamanya...tiada apa yg dapat memisahkan hanya takdirMu...atas perancangan dan kehendakMu kami bertemu...mengharapkan ia berakhir dgn kebahagiaan abadi..

Monday 5 March 2012

Saturday 3 March 2012


Tak seorang yang ambil tahu
Tak seorang pun ambil peduli
Sehinggalah dikau yang datang
Dan membawa bersama hatimu

Mana mungkin ku persiakan
Bila cinta aku ketahuan
Debar kencang aku rasakan
Bergetaran di dalam hatiku

Saratnya bebanan asmara
Beratnya menepis gelora
Semua relaku terima
Andainya inilah cinta

Ternyata dialah ku cari
Di dalam terjaga dan mimpi
Meskipun adakala sepi
Tetap setia menanti

Hanya dia yang ku dambakan
Walau pun aku rasa gundah… tak keruan
Biar Putih atau pun hitam
Asalkan hati penuh rela dengannya cinta

Tiap saat tiada tempat
Bukan bayangan tapi nyata didepan mata
Siang malam ku rasa terang
Kurasa tenang
Rasa damai

Di buai cinta