Assalamualaikum..

setiap yg tercatat d'sni tiada kaitan dgn sesiapa pun jua...ia sekadar luahan rase....citer2 BIASE.....t.kasih wt yg sudi bca & komen..syg anda semua

Saturday 10 March 2012

Hamba yg benar2 mengharap pertolonganMU..

Bismillahirahmanirrahim....Maha Suci Allah,Engkau yg Maha Agung,Engkau yg Maha Berkuasa,Maha Pengasih,Maha Penyayang...Engkau yg Satu...tiada satu pun dalam dunia ini dapat menandingi kehebatan dan kekuasaanMu...Bantulah aku..tolonglah aku...tiada lg tempat lain yg selayak2nya aku mengadu selain dariMU..aku tahu Engkau juga rindu mendengar rintihan hati hamba2Mu...dgn rendah diri hambaMu yg lemah lg tiada daya ini memohon merayu padaMu...dengan sejuta harapan kasih sayangMu yg Maha Luas....Ya Allah pencipta sekelian alam yg hebat ini...sembuhkanlah,sembuhkanlah,sembuhkanlah insan yg telah Kau hadiahkan padaku...pemberianMu itu amat aku hargai.Terima kasih Ya Allah...lantaran itu aku tidak jemu2 memohon sebaik2 kesembuhan buatnya kerana aku amat menyayanginya kerana Mu Ya Allah...Ujian dan cubaan yg Kau berikan padaku amat hebat kerana aku hanya insan biasa..kalah pada perasaan...aku sedar dari mula aku ingin mendalami mengenaliMu...satu persatu Kau menguji ku...benarlah kata guruku..Allah tidak akan berhenti menguji jika ingin menikmati mahligai disana nanti...kesabaran tidak tercipta tanpa dugaan...teringat kisah nabi seperti yg guruku cerita...nabi diuji hingga ke hujung nyawa barulah Allah berikan kenikmatan setelah wafat..tiada daya aku untuk seperti nabi tp biarlah aku menjadi pengikutnya dan bersama2nya disana kelak..dapat berjumpa dgnnya walaupun menjadi org yg terakhir...dapat melihat cahayanya pun sudah memadai...begitulah harapan aku dgn insan hadiah pemberianMu..terima kasih Ya Allah...syukur Alhamdulillah...Maha Suci Allah...satukanlah kami bersama impian ke syurgaMu bersama2 hamba2Mu yg telah Kau berikan taufiq dan hidayah...rencanaMu tidak tercapai akalku...hambaMu ini mengharap pertolonganMu dalam meniti perjalanan menuju kebahagiaan hakiki..berikanlah setitis ketabahan kesabaran kekuatan yg tiada tolok bandingan dlm aku menghadapi ujian dan fitnah dunia...aku jua memohon sebanyak2nya pertolongan Mu Ya Allah dari mereka yg dekat tapi menyakiti hatiku...terus2an...berikanlah mereka jua diriku hidayahMu...seandainya mereka memang begitu Kau lindungilah aku selalu..berikanlah aku sebaik2 perlindungan...terima kasih Ya Allah...aku malu terlalu byk yg aku minta sedang aku masih tercari2 dalam beramal...tercari2 dalam mengenaliMu...tercari2 Ilmu Mu yg amat luas ini..Ya Allah aku tetap akan terus memohon selagi nadi berdenyut...ampunkan aku Ya Allah...ampunkan aku Ya Allah...ketidaksempurnaan aku dalam mencariMu...oleh kerana itu aku amat2 mengharapkan hadiah pemberianMu itu kekal bersamaku dunia dan akhirat..abadi selamanya...tiada apa yg dapat memisahkan hanya takdirMu...atas perancangan dan kehendakMu kami bertemu...mengharapkan ia berakhir dgn kebahagiaan abadi..

No comments:

Post a Comment