Assalamualaikum..

setiap yg tercatat d'sni tiada kaitan dgn sesiapa pun jua...ia sekadar luahan rase....citer2 BIASE.....t.kasih wt yg sudi bca & komen..syg anda semua

Tuesday 16 October 2012

Selalu yg bergelar manusia akan nampak kegunaan org di bawahnya bla satu2nya keadaan melepaskan tekak sendiri.tidak tahu nk hargai org tp hanya tahu nk pertikai..Ya Allah arini hambamu benar2 terasa...dengan rase yg tidak menentu aku mohon tiada upaya aku melainkan KAU jua membalasnya...kerana KAU yg tahu kesulitan yg aku alami skrg...aku berserah padaMu...Ya Allah aku harap sgt2 KAU berilah petunjuk meskipun musibah padanya agar dia tahu dia jua hamba..jgn hanya nk jaga kepentingan peribadi sendiri.

Friday 10 August 2012

sesungguhNya kau yg lebih mengetahui...Andai benar kau tunjukkanlah aku jalan yg terbaik yg telah kau berikan pd umat2 terdahulu..InsyaAllah perlahan2 aku telah bersedia..& aku terus berusaha utk bersedia agar kau tempatkan aku kelak dikalangan org beriman..kau lebih mengetahui krn perancanganMu lah yg merupakan sebaik2 perancangan..harapan ku temuilah aku dgn jln terang jauhilah aku dgn kegelapan & kejahilan..izinkanlah sisa2 ini aku penuhi dgn amal kpdMu...tempat kembali yg abadi...izinkanlah aku kecapi kebahagian di akhir2 ini...andai gerak hati ini tepat bantulah aku...aku cuma dpt merasa tp tidak pasti..kepastian itu hanya padaMu...milikMu kekal...kekuatan fizikal aku cuma Kau yg tahu...terima kasih krn walaupun sudah teruk tp Kau masih memberi aku semangat yg tinggi...kerna itu aku mampu bertahan..ujian yg Kau berikan pd aku itulah tiket aku merebut syurgaMu...InsyaAllah akan aku bawa bersama abah,mak & seluruh ahli keluargaku...meskipun aku belum bertemu jodoh aku tetap berdoa kau akan hadiahkan aku imam & penyelamat aku & keluargaku dr api neraka itulah suamiku kelak.pertemuan demi pertemuan yg telah kau atur ini harap berakhir dgn rahmat & kasih sygMu kekal & abadi krn aku amat menyayanginya keranaMu...demi Allah semuanya krn Mu...terima kasih Ya Allah...amin3x..ya rabbal alamin...

Saturday 4 August 2012

terima kasih kerana selalu ada bersama setiap ketika.....

Friday 27 July 2012


Alhamdulillah…syukur dgn rahmat & limpah kasih sayangMu..aku d’pertemukan dgn insan yg amat aku rindui..walaupun hanya sekejap cuma tp amat2 aku hargai….terima kasih Ya Allah kerana menghadiahkan pertemuan indah bulan berkat ini…tautkanlah kembali ikatan yg hmpr terlerai dgn penuh hikmah kebijaksanaanMu…Kau Maha mengatur perjalanan hambamu dgn baik sekali tanpa tercapai akal manusia…indah tenang bila bersamaMu…aku memohon perlindunganMu yg abadi dunia akhirat…terima kasih padaMu krn masih memberi aku nafas percuma…memberi degup jantung percuma…memberi aku melangkah d’bumiMu percuma…memberikan aku kesihatan…memberikan aku kekuatan….mengejutkan aku dr lalai…terima kasih…aku x mampu membayar tp aku masih mengharap rahmat kasih sayangMu selama2nya…dunia mahupun akhirat….amin

Sunday 22 July 2012

Salam Ramadhan

Alhamdulillah kita di pertemukan lg dgn bulan mulia ini..Ya Allah...semoga kehadiran bulan penuh berkat akan menjadikan aku insan yg bertaqwa & teguh imannya mdh2an...InsyaAllah...amin3x..aku jua memohon...Kau berilah petunjuk pada aku akan khilafku & maafkanlah aku...aku harap akan menjadi insan yg lebih baik sepanjang ramadhan & berkekalan hingga ke akhir usia ku..juga terima kasih kpd guruku krn telah byk berkongsi ilmu yg amat bermanfaat...

Monday 9 July 2012

perjalananku semakin sukar...penuh liku cabaran yg tiada hentinya...mungkin nanti temui penamatnya taktala roh  ini tidak lg berada dalam jasad...kuatkan aku utk terus meniti titian bg memastikan seluruh insan yg amat2 aku syg terselamat?ku kumpul...ku  kutip...ku singkap...ku cuba dan dgn IzinNya akan terus bertahan demi mereka andai nyawa aku jdi taruhan aku redha demi mak abah & seluruh ahli keluargaku.berat mata memandang berat lg bahu yg memikul...tak semua perkara mudah utk difahami...yg tersirat itu amat mencengkam hati nurani..yg tidak nyata amat sukar di lawan..maka aku pasrah aku kan terus usaha apa terdaya.keyakinanku hanya SATU...hanya DIA sebaik2 penolong ku..sebaik2 tempat aku berharap..maafkanlah segala khilafku...mungkin KAU amat menyayagiku lantas KAU berikan ujian berat ini utk menghapus segala dosa2 aku..moga bulan2 berkat ini membawa perubahan bg keluargaku seluruhnya...ramadhan & syawal...sinar baru kpd kami semua...kuatkanlah aku Ya Rabb......berikanlah kemenangan abadi...kemenangan dlm berjihad

Tuesday 24 April 2012

terima kasih Allah memberikan aku rasa tenang & bahagia...terima kasih Allah kerana memberi aku hikmah atas penghinaan org terhadap aku..satu-persatu aib mereka Kau ungkapkan.terima kasih Allah.terima kasih Allah menyedarkan aku dgn cara ini.Alhamdulillah...InsyaAllah aku akan perbaiki diri sedikit demi sedikit sehingga aku dapat bersama2Mu nanti.bahana lidah yang tidak bertulang amat berbahaya.Ya Allah aku memohon perlindunganMu dari fitnah mulutku sendiri.lindungilah aku dari ungkapan yang menyakitkan hati hambaMu yang lain.lindungilah aku..sesungguhnya Kau lah sebaik2 pelindung.amin..amin..amin ya rabbal alamin.

Sunday 22 April 2012



Aku bukannya insan Ingin cinta percuma 
Sehingga aku sanggup menantimu Walau berabad lama 

Cintaku bukan kerana harta
Cintaku tidak kerana paras rupa Sedarilah kasih... 
Cintaku harap hingga ke syurga Bersama-samamu 

Demi kasih sayangYang aku pertahankan
Sanggupku meniti Malam tanpa mimpi 
Aku berdoa kita dapat berdua Hingga ke akhir hayat 
Untuk selama-lamanya


Friday 20 April 2012


Bismillahirrahmanirrahim,,,
Ya Allah berikanlah aku kekuatan & kesabaran.berikanlah aku kekuatan luar biasa agar aku terus tabah.saat & ketika ini aku benar2 memohon bantuanMu Ya Rabb,,bantulah aku..aku merayu padaMu.tiada upaya aku melawan semua ini.aku mohon rahamatMu untuk satu2nya insan yang amat2 aku sayangi.tika bersamanya aku benar2 bahagia.janganlah d’rampas kebahagiaan sementara aku hidup d’bumiMu ini.tika bersamanya aku terhibur..tika bersamanya seolah2 lenyap masalah aku kerana insan Istimewa ini seringkali mengingatkan aku kasih sayangMu..mengingatkan aku tentang kebesaranMu..aku sedar ketidaksempurnaanku..tp dengannya d’sisi menutup kekurangan diri & melengkapi diri.aku temuinya dgn izinMu jua..padaMu jua ku mohon satukan kami hingga syurga.betapa dalam kasih sayang kami hanya Kau yang tahu.terima kasih Ya Allah..terima kasih kerana memberi aku kekasih sejati.satu dalam sejuta cukup istimewa & indah..panjangkanlah jodoh kami..satukanlah hati kami..sempurnakanlah impian kami.aku percaya tiada yang mustahil bagiMu.pengenalan bersamanya membuatkan aku berfikir akan nur..adakah ini nur yang selama ini aku cari..samar dalam terang..cerah dalam cahaya..melihat dalam keindahan berfikir..nampak dalam kehidupan..terima kasih Ya Allah atas anugerahMu ini.aku rindu padanya.aku sayang padanya.hanya dia satu hingga akhir hayatku.teguhkan rasa hatiku..teguhkan tugu imanku..teguhkan sabarku..aku percaya & yakin sesungguhnya pada urusanMu..sulit bagiku tapi tiada yang mustahil bagiMu..aku yakin Kau tidak akan sia2kan pengorbanan kami.ketentuanMu adalah yang terbaik untukku.terima kasih Ya Rabb..aku mohon jangan pisahkan kami.janganlah kau ambilnya dariku.aku tidak sanggup hidup tanpanya.aku mohon hidup matiku bersamanya..aku mohon..Engkau yang lebih mengetahui apa yang tersirat d’hatiku..kenapa & mengapa aku mohon yang demikian..bukan hilang akal tapi rahsiaku hanya Kau yang tahu.keterbatasan aku Kau jua yang tahu..aku ingin bersamanya dunia & akhirat.aku tiada tempat mengadu.aku adukan padaMu..tempat aku bergantung harapan & impian..sesungguhnya Kau yang maha mendengar,maha pengasih & penyayang..bimbinglah aku..berikanlah aku rahmat & kasih sayangMu..janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat.amin..amin..amin ya rabbbal alamin….

Wednesday 18 April 2012


Ya Allah berikanlah aku kekuatan tika ini & akan datang..aku hampir rebah..tolonglah aku Ya Allah..berikanlah aku secebis hidayahMu..tunjukkanlah aku jalan yang kau redhai..agar aku bersama-sama orang yang beriman.amin…amin ya rabbal alamin..

Monday 16 April 2012


Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah…syukur dapat kembali alam maya ini.. terima kasih Allah…terima kasih kerana mengurniakan kedua ibubapa yang baik,yang prihatin,yang amat risau kesihatan aku kebelakangan  ini.yang agak tidak stabil…terima kasih mak..terima kasih abah..tiada terbalas jasa2mu…terima kasih bekalan2 yang disediakan untuk aku..aku tahu mahal tapi demi nyawa anakmu ini sanggup mereka berkorban biarpun ada insan lain yang mentertawakan aku…tidak aku pinta ia terjadi..dan aku tahu ia amat membimbangkan mereka.sesuatu yang terjadi 22 tahun lalu membuatkan mereka cemas..macam2 mereka ikhtiar…tapi mereka yang tidak faham mudah ketawakan orang.tiada upaya aku membalas…hanya padaMu Ya Allah aku memohon & berlindung daripada mereka yang x punya hati.aku bersyukur sekurang2nya Allah menyayangi aku…seringkali aku kurang sihat aku tahu ia adalah peringatan.mungkin aku lalai & leka lantas aku diperingatkan…terima kasih Ya Allah.

Tuesday 27 March 2012

Bismillahirrahmanirrahim…
Terima kasih Ya Allah…syukur ke atas rahmat dan kasih sayangMu padaku..begitu luas terima kasih Ya Rahman Ya Rahim…bimbinglah hatiku agar tidak lupa mengucapkan terima kasih padaMu setiap hari walau hanya sekali..moga aku tahu erti syukur…setiap nafasku…setiap denyut nadiku..setiap degup jantungku semuanya atas rahmat dan kasih sayangMu..tanpa kurniaanMu itu siapalah aku..terima kasih Ya Rahim…terima kasih…
Syukur Alhamdulillah….terima kasih Ya Allah memberikanku khabar gembira..syukur…syukur…terima kasih atas kasih lasih sayangMu…namun aku terus memohon taufiq hidayahMu…terima kasih itulah ungkapan yg paling bermakna utkMu..moga aku menjadi hambaMu yg TAHU bersyukur dan berterima kasih..amin

Monday 26 March 2012

Aku rindu detik dan tika bersamamu…cepat2 lah sembuh duhai sayangku..tabahkanlah hatimu…cekalkanlah jiwamu…teruskanlah semangat juang yg tinggi demi kasih syg kite..walau ungkapan semudah kata tidak semudah perbuatan perlaksanaan tapi aku yakin dgn keberanian kekentalan hati nuranimu..dalam aku mengenalmu byk yg aku pelajari..byk yg aku tidak kenal selama ini…terima kasih sayang..kite akan lebih kenal diri bila kite diuji…itulah ungkapanmu setiap kaliku bicakan keluh kesah hati…lantas kau ajarkan aku agar lebih kenal pencipta dalam menyelesaikan masalah…dari Dia datangnya dan cuma Dia tahu cara penawarnya…biar sulit bg kite tapi mudah bagiNya…Dia ajar kite nilai sabar bg mengukuhkan iman..Alhamdulillah..terima kasih tuhan..tapi aku masih perlukan dia..amat2 perlukan dia…berikanlah sebaik2 kesembuhan kepadanya…dgn kasih sayang rahmatMu..ku pohon padaMu…pulihkanlah insan yg amat aku sayang ini…aku syg padanya keranaMu Ya Allah…urusan dan perancanganMu aku bertemu dgnnya..andai itu takdir sejak  azalinya aku terima dgn hati terbuka..dan aku amat menyayanginya…tiada tolok bandingnya…terima kasih Ya Allah atas kurniaanMu ini..satu perkara yg dapat aku pelajari dari kisah hidupku adalah manusia bijak membuat perancangan yg bermacam2…tetapi tidak dapat melawan perancangan yg terbaik dariMu utk hamba2Mu yg mendambakan limpah rahmat taufik hidayahMu nan hakiki…tak tergambar keadaan sesuatu itu melainkan atas kehendakMu jua…  

Kau pergi jua..

Al-Fatihah buat Nursyazwana…
Cantik & seindah namamu…namun kau dipinjamkan sebentar Cuma…hanya 18 hari hidupmu..itulah perjanjianmu bersama penciptaMu…sesungguhnya bertuah kedua org tuamu..Kau telah menanti mereka dipintu syurga…terima kasih memberikanku pengalaman baru..apa yg terjadi hari ini pengajaran buat hari esok…telah ku pelajari sesuatu dari kejadian yg menimpamu…wajahmu bersih bak salju…fizikalmu sihat seperti tidak sakit…cantik kulitmu…apakan daya Allah lebih menyayangimu..saat ku cium dahimu…sejuk menggetarkan diriku..bagaimana nasibku nanti??aku akan menyusulmu kelak..harap kite berjumpa di sana nanti…hatiku terdetik…betapa dekat kita dgn tanah…Subhanallah aku lupa asal usulku…semoga dikau tenang di sana sambil menanti org tuamu..berbahagia dan damailah puteri permata hati bapa saudaraku..arwah Nursyazwana…Al-fatihah..

Thursday 22 March 2012

moga dibawah rahmat dan kasih sayangMu selalu...

Wahai pentadbir sekalian alam..yg maha berkuasa lg maha agung..tiada jemu2 aku meminta dan terus meminta rahmat kasih sayangMu yg tiada sempadan..Ya Allah berikanlah kami kekuatan semangat juang yg tinggi dalam menghadapi musibah ini.tanpaMu aku lemah..oleh itu pimpinlah kami,pandulah kami ke jalan yg Kau redhai..moga musibah ini menambah keimanan kami padaMu..dalamnya tersembunyi sejuta hikmat yg lebih bernilai dari harta benda..terima kasih Ya Allah diatas kasih sayangMu..kami terasa dekat denganMu…amin

Wednesday 21 March 2012

Berhati-hatilah wahai diriku dan teman2..INGAT!!!!!!!!!!!!!

Setiap kesenangan ada kesusahan.. awas pada yang padanya kesenangan ..sesungguhnya kesusahan tiada kelihatan sebaliknya lebih susah dari orang dalan kesusahan…berhati-hatilah teman yang berada dalam kesenangan…Ingat Allah itu Adil sifatNya..

Monday 19 March 2012

Syukur Alhamdulillah

Syukur Alhamdulillah
Terima kasih Ya Allah atas limpah rahmatMu…
Terima kasih Ya Allah atas kasih sayangMu..
Terima kasih Ya Allah atas kurniaanMU..
Terima kasih Ya Allah atas segala2nya…
Alhamdulillah…Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Bimbinglah aku terus dan kekal atas jalanMu yg abadi

Saturday 17 March 2012

selamat tinggal penderitaan @#$%^&*()_+...!!!

Langkah demi langkah
Aku teruskan jua
Masa demi masa
Sampai akhirnya
Terima kasih
Atas penghinaan
Yang kau lemparkan

Tangga demi tangga
Kita daki bersama
Jatuh terluka
Bangun semula
Terima kasih
Atas kesakitan
Yang telah kau berikan

Kerana itu penghinaan
Juga cemuhan
Diganti dengan kepujian
Dan kemuliaan

Airmata menjadi permata
Kebencian menjadi cinta
Inilah hidup did dalam dunia
Bak sandiwara

Selamat tinggal kesengsaraan
Selamat tinggal penderitaan
Terima kasih atas pengalaman
Yang kau berikan

Kini terbukti
Cinta yang kualami
Bukannya mimpi
Lautan api boleh menjadi
Oh! taman salji...

Nasuha~Mestica....dengarkanlah semua

Lahir dari sanubari..

Sebuah kedamaian kebahagiaan yg ku cari demi meniti cinta sejati kurniaan yang Satu…syukur Alhamdulillah terima kasih Ya Allah..indah unik misteri hingga tidak tercapai akal manusia biasa.setiap perancanganMu begitu rahsia lagi dirahsiakan.sukar difahami oleh hambaMu..hingga hampir putus asa hilang semangat diri tapi bila kembali padaMu terjawap semua tanpa ragu-ragu.Engkau Satu yg Unggul.hikmah ditemui setelah airmata sesalan dan taubat padaMu.zikir padaMu penawar mujarab tapi jarang diberi perhatian.Kau tidak mudah marah malah Kau tetap menguji hambaMu begitu dalam kasih sayang dan rahmatMu yg maha luas.biar sejuta kali hambaMu lakukan khilaf Kau masih jua memberi ruang membuka seluas-luasnya pintu taubatMu.aku hanyalah hambaMu yg kerdil seringkali gagal dalam menilai ujianMu.maafkan aku.maafkan aku Ya Allah…terima kasih memberi aku semangat dan jalan penyelesaian yg terbaik untukku.aku jua memohon sebaik-baik kesembuhan dari segala penyakit .sesungguhnya Kau lah maha pengasih lagi penyayang…derita aku hanya Kau yg tahu..sakit aku hanya Kau yg tahu..kerana itu aku ingin kembali padaMu agar dapat aku carikan penawar resahku.kalam Mu itu benar dgnnya aku sedikit-sedikit temui sesuatu.begitulah berfirmanMu..setiap apa yg kau ciptakan tiada sia-sia melainkan membawa manfaat dan tanda-tanda kekuasaanMu bg yg ingin berfikir.aku mohon Ya Rab…akulah antara org yang mahu berfikir itu.moga aku tidak tenggelam dalam amarah insan sebaliknya bangkit dengan langkah penuh keimanan.keegoan tidak membawa apa-apa.biarlah merendah diri tapi dihormati.dikelilingi org berilmu memang satu bonus tetapi kadang-kadang yg berilmu itu belum tentu beramal.bila tiada amal org berilmu itu lebih teruk .akalnya akan tercari-cari cela org lain.tapi sedarlah dia sesungguhNya hisap dia nanti akn lebih sukar krn setiap ilmu yg diperolehi didunia ini akan ditanya.kemana semua itu?alangkah ruginya dia berilmu tapi tidak beramal.tidak memimpin org dibawahnya ke jalan yg betul.tidak menjadi pemimpin yg baik.bimbingan yg penuh kepalsuan. Ya Rab bimbinglah aku jua org dikiri kananku ke jalan yg Kau redhai,jalan yg Kau berikan rahmat,jalan yg Kau sediakan untuk org-org yg beriman dan bertaqwa.jadikanlah kami sebahagian dari mereka.limpahkanlah kami dgn kasih sayangMu yg tiada bertepi.jadikanlah kami aman damai,sejahtera dan saling sayang menyayangi.jadikanlah kami membawa kebaikan antara satu sama lain.jauhilah kami dari fitnah dunia…berikanlah kami sebaik-baik perlindungan.amin.amin.amin.ya robbal alamin..

Saturday 10 March 2012

Hamba yg benar2 mengharap pertolonganMU..

Bismillahirahmanirrahim....Maha Suci Allah,Engkau yg Maha Agung,Engkau yg Maha Berkuasa,Maha Pengasih,Maha Penyayang...Engkau yg Satu...tiada satu pun dalam dunia ini dapat menandingi kehebatan dan kekuasaanMu...Bantulah aku..tolonglah aku...tiada lg tempat lain yg selayak2nya aku mengadu selain dariMU..aku tahu Engkau juga rindu mendengar rintihan hati hamba2Mu...dgn rendah diri hambaMu yg lemah lg tiada daya ini memohon merayu padaMu...dengan sejuta harapan kasih sayangMu yg Maha Luas....Ya Allah pencipta sekelian alam yg hebat ini...sembuhkanlah,sembuhkanlah,sembuhkanlah insan yg telah Kau hadiahkan padaku...pemberianMu itu amat aku hargai.Terima kasih Ya Allah...lantaran itu aku tidak jemu2 memohon sebaik2 kesembuhan buatnya kerana aku amat menyayanginya kerana Mu Ya Allah...Ujian dan cubaan yg Kau berikan padaku amat hebat kerana aku hanya insan biasa..kalah pada perasaan...aku sedar dari mula aku ingin mendalami mengenaliMu...satu persatu Kau menguji ku...benarlah kata guruku..Allah tidak akan berhenti menguji jika ingin menikmati mahligai disana nanti...kesabaran tidak tercipta tanpa dugaan...teringat kisah nabi seperti yg guruku cerita...nabi diuji hingga ke hujung nyawa barulah Allah berikan kenikmatan setelah wafat..tiada daya aku untuk seperti nabi tp biarlah aku menjadi pengikutnya dan bersama2nya disana kelak..dapat berjumpa dgnnya walaupun menjadi org yg terakhir...dapat melihat cahayanya pun sudah memadai...begitulah harapan aku dgn insan hadiah pemberianMu..terima kasih Ya Allah...syukur Alhamdulillah...Maha Suci Allah...satukanlah kami bersama impian ke syurgaMu bersama2 hamba2Mu yg telah Kau berikan taufiq dan hidayah...rencanaMu tidak tercapai akalku...hambaMu ini mengharap pertolonganMu dalam meniti perjalanan menuju kebahagiaan hakiki..berikanlah setitis ketabahan kesabaran kekuatan yg tiada tolok bandingan dlm aku menghadapi ujian dan fitnah dunia...aku jua memohon sebanyak2nya pertolongan Mu Ya Allah dari mereka yg dekat tapi menyakiti hatiku...terus2an...berikanlah mereka jua diriku hidayahMu...seandainya mereka memang begitu Kau lindungilah aku selalu..berikanlah aku sebaik2 perlindungan...terima kasih Ya Allah...aku malu terlalu byk yg aku minta sedang aku masih tercari2 dalam beramal...tercari2 dalam mengenaliMu...tercari2 Ilmu Mu yg amat luas ini..Ya Allah aku tetap akan terus memohon selagi nadi berdenyut...ampunkan aku Ya Allah...ampunkan aku Ya Allah...ketidaksempurnaan aku dalam mencariMu...oleh kerana itu aku amat2 mengharapkan hadiah pemberianMu itu kekal bersamaku dunia dan akhirat..abadi selamanya...tiada apa yg dapat memisahkan hanya takdirMu...atas perancangan dan kehendakMu kami bertemu...mengharapkan ia berakhir dgn kebahagiaan abadi..

Monday 5 March 2012

Saturday 3 March 2012


Tak seorang yang ambil tahu
Tak seorang pun ambil peduli
Sehinggalah dikau yang datang
Dan membawa bersama hatimu

Mana mungkin ku persiakan
Bila cinta aku ketahuan
Debar kencang aku rasakan
Bergetaran di dalam hatiku

Saratnya bebanan asmara
Beratnya menepis gelora
Semua relaku terima
Andainya inilah cinta

Ternyata dialah ku cari
Di dalam terjaga dan mimpi
Meskipun adakala sepi
Tetap setia menanti

Hanya dia yang ku dambakan
Walau pun aku rasa gundah… tak keruan
Biar Putih atau pun hitam
Asalkan hati penuh rela dengannya cinta

Tiap saat tiada tempat
Bukan bayangan tapi nyata didepan mata
Siang malam ku rasa terang
Kurasa tenang
Rasa damai

Di buai cinta

Wednesday 29 February 2012

Sepi Sekuntum Mawar Merah

Berulang kali kumencuba
Memujuk hati
Lupakan semua
Kenangan...

Namun mimpi bertemu lagi
Di saat engkau
Tiada di sisi...

Ku berpegang pada janji
Tercipta ... antara kita dulu
Hilangmu tiada berganti
Biarlah ... begini

Ku belayar di lautan
Tidak bertepian
Sesekali disedarkan
Ombak yang mendatang
Aku seperti hilang
Punca arah dan ... tujuan

Aku puisikan namamu
Bersama rindu
Di dalam sendu ...

Tuesday 28 February 2012

Ya Allah Terima Kasih

Ya Allah...terima kasih kerana menjadikan aku hambamu yg bertuah...Aku seperti insan lain juga yg naif...apabila tercuit sikit cepat sungguh hati ini melatah...mungkin kurangnya iman dihati....Ya Allah terima kasih mengejutkan aku dari terus terlena...Alhamdulillah ujian ini membawa aku mengenali lebih kalamMu...menyelak tiap helai dgn rase yg daif....aku bersyukur dgn kasih sayangMu aku kembali...aku bersyukur dgn rahmatMu aku temui diri...terima kasih...terima kasih...terima kasih Ya Allah..Ya Allah bimbinglah aku...janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat..aku tidak peduli dipandang hina manusia tapi aku TAKUT aku dihina olehMu...aku lebih TAKUT kalau aku tidak dipeduli olehMu..aku tidak peduli dipandang kecil oleh manusia tapi aku harap & menjadi doaku aku dipandang besar olehMu...aku sedar ujian yg Kau berikan menjadikan aku lebih Sayang padaMu..maafkan aku Ya Allah bila cepat melatah...maafkan aku Ya Allah bila aku menangis merayu padaMu...maafkan aku Ya Allah jika aku belum dewasa...mungkin jua imanku yg tepis membuatkan aku hilang arah bla tersentak...Alhamdulillah...syukur Alhamdulillah kini hatiku tenang...Ya Allah kekalkanlah ketenangan dihati ini...

Friday 17 February 2012

Ya Allah bantulah aku dari org yg tidak punya hati nurani.terangilah dia dgn cahayaMu...berikanlah kami HidayahMu...tenangkanlah hatiku Damaikanlah jiwaku ..tanamkanlah sedikit rase TAKUT d'hati kami ANDAI KAMI D'JEMPUT SAAT & KETIKA INI, ADAKAH KAMI TELAH BERSEDIA??klu tiada "rase itu"maka HATI itu telah MATI..bila hati mati hidup xkan senang bla org lain bahagia..malanglah org itu...semoga kite semua d'beri peluang utk KEMBALI.
kembali dlm erti kata sebenar2nya...amin3x,ya rabbal alamin.